Sektor pembinaan negara dijangka mencatatkan pertumbuhan mantap pada 2013 ini disokong tinjauan ekonomi yang kukuh, dengan projek bernilai lebih RM110 bilion dijadual dilaksanakan.
Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Datuk Seri Judin Abdul Karim, berkata perbelanjaan sektor pembinaan negara akan dipacu terutama pelaksanaan projek di bawah pelbagai program ekonomi seperti Program Transformasi Ekonomi (ETP), Perkongsian Awam-Swasta (PPP) dan pelbagai koridor ekonomi.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas memeterai perjanjian Ikrar Integriti Korporat di Kuala Lumpur, semalam. Yang turut hadir Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.
Ikrar Integriti Korporat itu dimeterai CIDB sebagai sebahagian usahanya untuk memastikan tanggungjawab, ketelusan dan integriti dalam semua urusan dengan orang ramai dan pengamal industri pembinaan.
Judin berkata, antara projek yang akan dilaksanakan tahun ini termasuk projek My Rapid Transit (MRT), Tun Razak Exchange dan the laluan keretapi berkelajuan tinggi (HSR) menyambungkan Singapura dan Kuala Lumpur.
Menyentuh pasaran luar negara, beliau berkata Myanmar dan Indonesia berkemungkinan menawarkan peluang besar kepada peserta sektor pembinaan tempatan berdasarkan jumlah penduduknya yang ramai serta permintaan tinggi bagi infrastruktur.
“Apa yang mereka perlukan bukanlah teknologi untuk membuat roket, tetapi yang asas bagi kita,” katanya.
Judin berkata, pelbagai aktiviti yang dirangka CIDB untuk peserta sektor pembinaan tahun ini dimulai dengan Minggu Pembinaan Antarabangsa pada 25-28 Mac di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Beliau berkata, persidangan itu turut mendapat sambutan peserta industri pembinaan dari luar negara.
“India meminta slot untuk mengetengahkan peluang sedia ada di negaranya, terutama di Koridor Industri Delhi-Mumbai,” katanya.
Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Datuk Seri Judin Abdul Karim, berkata perbelanjaan sektor pembinaan negara akan dipacu terutama pelaksanaan projek di bawah pelbagai program ekonomi seperti Program Transformasi Ekonomi (ETP), Perkongsian Awam-Swasta (PPP) dan pelbagai koridor ekonomi.
Banyak projek masuk
“Kami melihat lebih banyak projek mengalir masuk tahun ini dan menjangkakan pertumbuhan yang kukuh,” katanya sambil menambah tahun lalu projek diperoleh sektor pembinaan negara bernilai RM120 bilion, melepasi jangkaan RM95 bilion.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas memeterai perjanjian Ikrar Integriti Korporat di Kuala Lumpur, semalam. Yang turut hadir Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.
Ikrar Integriti Korporat itu dimeterai CIDB sebagai sebahagian usahanya untuk memastikan tanggungjawab, ketelusan dan integriti dalam semua urusan dengan orang ramai dan pengamal industri pembinaan.
Judin berkata, antara projek yang akan dilaksanakan tahun ini termasuk projek My Rapid Transit (MRT), Tun Razak Exchange dan the laluan keretapi berkelajuan tinggi (HSR) menyambungkan Singapura dan Kuala Lumpur.
Prestasi memberangsangkan
Beliau berkata, prestasi industri pembinaan tempatan adalah memberangsangkan tahun lalu dengan mencatat pertumbuhan sekitar 18 peratus berbanding tahun sebelumnya di sebalik persekitaran ekonomi global yang lemah.Menyentuh pasaran luar negara, beliau berkata Myanmar dan Indonesia berkemungkinan menawarkan peluang besar kepada peserta sektor pembinaan tempatan berdasarkan jumlah penduduknya yang ramai serta permintaan tinggi bagi infrastruktur.
“Apa yang mereka perlukan bukanlah teknologi untuk membuat roket, tetapi yang asas bagi kita,” katanya.
Judin berkata, pelbagai aktiviti yang dirangka CIDB untuk peserta sektor pembinaan tahun ini dimulai dengan Minggu Pembinaan Antarabangsa pada 25-28 Mac di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Beliau berkata, persidangan itu turut mendapat sambutan peserta industri pembinaan dari luar negara.
“India meminta slot untuk mengetengahkan peluang sedia ada di negaranya, terutama di Koridor Industri Delhi-Mumbai,” katanya.
Sumber: Berita Harian: http://www.bharian.com.my/articles/Sektorpembinaannegaradiunjurkukuh/Article/