KUALA LUMPUR - Penekanan berterusan Malaysia dalam industri pembinaan menerusi pelaksanaan projek-projek infrastruktur yang penting adalah mustahak kepada perkembangan ekonomi negara.
Ini kerana setiap RM1 yang dibelanjakan untuk industri itu akan mendorong kepada perbelanjaan tambahan 75 sen di sepanjang rantaian bekalan.
Ianya turut menunjukkan penggandaan pengeluaran dari industri pembinaan yang ketara kepada ekonomi seperti mewujudkan pekerjaan serta penggunaan, demikian menurut Laporan Ekonomi 2012/2013 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan hari ini.
Selain menggaji 766,000 pekerja pada 2010, sejumlah RM19.8 bilion telah dibayar kepada para pekerja binaan dan ia juga merangsang permintaan untuk bahan binaan seperti simen, produk besi dan keluli, kata laporan itu.
Projek-projek seperti My Rapid Transit, Tun Razak Exchange, River of Life, Bandar Malaysia di Sungai Besi, pemanjangan aliran Light Rail Transit (LRT) dan pembangunan tanah Institut Penyelidikan Getah Malaysia di Sungai Buloh telah dibayar dividen dalam merancakkan aktiviti pembinaan.
Walau pun sektor pembinaan menyumbang hanya kira-kira 3.0 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), ia mempunyai hubungan hadapan dan belakang yang kukuh dengan sektor ekonomi lain, kata laporan itu.
Industri ini mampu mempengaruhi kedua-dua bekalan dan permintaan untuk barangan dan perkhidmatan, sekali gus memberi impak kepada ekonomi negara.
Industri pembinaan juga merangsang pertumbuhan sistem kewangan dan pasaran modal dengan meningkatkan permintaan bagi pembiayaan projek dan pinjaman harta dari sektor perbankan.
Tahun lepas, pinjaman bernilai RM32.2 bilion telah diluluskan oleh sektor perbankan bagi aktiviti pembinaan, RM95.2 bilion bagi pembelian harta kediaman dan RM52.2 bilion untuk harta tanah bukan kediaman.
Menyedari kemampanannya, kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif untuk terus meningkatkan industri ini dan memenuhi peranannya sebagai pemacu transformasi ekonomi negara.
Ini dicerminkan menerusi beberapa projek infrastruktur baharu yang sedang dilaksanakan dan dirancang di bawah Program Transformasi Ekonomi serta penubuhan Akademi Binaan Malaysia, sebuah pusat pendidikan dan latihan untuk sektor pembinaan.
Untuk terus melestarikan pertumbuhan negara, kerajaan juga aktif mempromosikan penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) serta memperkenalkan Indeks Bangunan Hijau untuk menggalakkan kemampanan dan mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara yang mesra alam.- Bernama