Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Industri Pembinaan Perlu Libatkan Diri Dalam Inisiatif Kerajaan


KUALA LUMPUR, 15 Jun - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mempelawa frateniti pembinaan memberi idea serta membabitkan diri dengan beberapa inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam industri tersebut.

"Saya amat menggalakkan sektor swasta untuk terlibat secara aktif kerana kerajaan sahaja tidak boleh membangunkan negara tanpa sokongan dan kerjasama sektor swasta," katanya.

Katanya beliau yakin menerusi insiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR) atau menerusi perkongsian formal kerajaan-swasta, semua pihak termasuk rakyat akan menikmati faedahnya.

"Saya juga berharap frateniti pembinaan akan terus membina lebih banyak rumah berkualiti mampu milik bagi memenuhi permintaan tinggi daripada rakyat," katanya pada jamuan malam ulang tahun ke-59 Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) di sini malam tadi.

Beliau juga berkata industri pembinaan telah mencatatkan pertumbuhan yang kukuh sebanyak 18.5 peratus tahun lepas iaitu kadar yang tertinggi sejak 1995.

Beliau berkata kejayaan sektor pembinaan untuk mengekalkan pertumbuhan dua angka itu mencerminkan perpaduan, komitmen, kerjasama dan keazaman semua pihak dan berharap pertumbuhan itu akan berterusan tahun ini.

Sementara itu, Presiden MBAM, Matthew Tee, meminta kerajaan memastikan jumlah tenaga kerja mahir yang mencukupi sebelum mempertimbangkan sebarang perubahan dalam struktur levi pekerja asing.

"Walaupun kami sedang menikmati pertumbuhan yang positif namun cabaran yang dihadapi ialah membangun, mendidik dan melatih lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyertai industri aliran utama sebagai pekerja berpengetahuan," katanya semasa berucap pada majlis itu.

Beliau juga berkata industri tersebut perlu terus melakukan pelaburan untuk memastikan keselamatan di tapak pembinaan kerana berlaku beberapa kes kemalangan industri yang menjejaskan imej industri berkenaan. -- Bernama

tags: ixis corporation, kontraktor renovation, kontraktor putrajaya, kontraktor bumiputera, kontraktor berdaftar, cidb, pkk, spkk, mof, kontraktor kelas f, kontraktor g1, kementerian, perbadanan putrajaya, bahagian pengurusan hartanah, jabatan kerja raya jkr, telekom, pembinaan bangunan, pembinaan rumah, meroboh, renovation ubahsuai, signage papan tanda, project management, pengurusan projek, b01 – ibs: sistem konkrit pasang siap, b02 – ibs: sistem kerangka keluli, b04 – kerja am bangunan, b07 – hiasan dalaman, b08 – pemasangan bahan kalis air, b09 – lanskap, b10 – pemasangan paip air dalaman, b12 – kerja aluminium keluli kaca grille, b13 – pemasangan jubin dan kerja lepaan, b14 – kerja cat, b24 – kerja penyelenggaraan bangunan maintenance, ce01 – pembinaan jalan dan pavemen, ce09 – saluran paip minyak atau gas, ce13 – pemasangan tanda, ce14 – landskap, ce20 – sistem bekalan air, ce21 – kerja-kerja am kejuruteraan awam, ce34 – kerja pemasangan konkrit pra tuang, ce42 – membuat isyarat dan mengecat jalan, ce43 – membuat pengadang dan lain-lain kerja untuk jalan, m01 – sistem hawa dingin, m02 – sistem pencegahan dan perlindungan kebakaran, m15 – kelengkapan mekanikal pelbagai, tanah, lori sewa, alat hawa dingin (window/split), alat kebombaan/ alat penyelamat/ pemadam api, perabot/ perabot makmal dan kelengkapan berasaskan kayu/ rotan/ fabrik/ logam/ plastic, perkakas perubatan pakai buang, kelengkapan/ kemudahan awam, bahan binaan, semua peralatan sukatan/ ukuran, mesin dan kelengkapan bengkel, mesin dan kelengkapan khusus, pindah pejabat, fasiliti, pembersihan bangunan dan pejabat, membersih kawasan, mengangkat sampah