KUALA LUMPUR 25 Mac 2013 - Industri pembinaan dijangka berkembang sebanyak 11.2 peratus tahun ini, didorong oleh pelbagai projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dimulakan oleh kerajaan pada tahun lepas.
Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM), Matthew Tee berkata, antara projek yang akan meningkatkan pertumbuhan ialah projek MRT dan Projek Permulaan (EPP) lain.
"Kita mempunyai semua projek yang dimulakan kerajaan dan jika dilaksanakan pada tahun ini, kita boleh mencapai jumlah itu," kata beliau pada Sidang Kemuncak Pembinaan Malaysia Kelima bertemakan 'Cabaran Yang Dihadapi Industri Pembinaan' yang dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Himmat Singh.
Tee berkata, salah satu cabaran industri yang dihadapi kini ialah keperluan menyediakan pekerja binaan mahir yang mencukupi.
"Walaupun terdapat keperluan untuk menghadkan bilangan pekerja asing, kita juga perlu mempunyai jumlah pekerja binaan tempatan yang mahir yang boleh menyumbang kepada ekonomi.
"Seperti yang kita semua sedar bahawa industri pembinaan telah memainkan penting peranan dalam ekonomi negara, "katanya.
Beliau berharap kerajaan dan MBAM akan mengkaji semula dasar dan prosedur masa depan untuk membantu menggalakkan pertumbuhan mampan industri pembinaan tempatan.
Sidang kemuncak sehari itu membolehkan peserta industri pembinaan mendapatkan pandangan mengenai trend industri.
Satu memorandum persefahaman (MoU) antara MBAM dan Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia ditandatangani di luar sidang kemuncak itu. - BERNAMA