Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Empat Kes Kontraktor Pembinaan Dibawa Ke Mahkamah Di Sarawak

Empat Kes Kontraktor Pembinaan Dibawa Ke Mahkamah Di Sarawak

KUCHING, 20 Jun (Bernama) -- Empat kes membabitkan kontraktor pembinaan di Sarawak yang tidak berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dibawa ke mahkamah setakat enam bulan pertama tahun ini, kata pengarah negerinya Mohd Merzan Hashim.

Beliau berkata semua kontraktor dalam industri pembinaan di seluruh negara diwajibkan untuk berdaftar di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan sedia ada.

Ini, katanya, bagi menjaminkan kualiti dan produktiviti dari segi penyediaan infrastruktur dan kemudahan termasuk jalan raya, bekalan elektrik dan air, sekolah, kilang, hotel serta kemudahan dalam industri minyak dan gas. "Antara aspek yang diberi penekanan ialah keselamatan di tapak binaan dan kualiti pembinaan kerana kes pembinaan yang tidak berkualiti adalah masalah yang sangat serius dan boleh mengundang kemalangan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas perasmian seminar pematuhan Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, Akta 520 (pindaan) 2011 di sini hari ini.

Sementara itu pengurus besar bahagian penguatkuasaan lembaga berkenaan Abdul Razak Husin berkata antara kelemahan yang dikenal pasti membabitkan pengurusan kontraktor dengan kebanyakan aduan diterima berkaitan kualiti bahan yang kurang memuaskan serta pekerja binaan tidak mahir, kebanyakan mereka terdiri daripada pekerja asing.

Beliau berkata kerjasama rapat diwujudkan dengan persatuan pengilang Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia, khasnya di pintu masuk negara, bagi menangani cabaran negatif liberalisasi. Langkah itu, katanya, untuk mengelak Malaysia menjadi ''tempat lambakan,'' meningkatkan imej dan profesionalisme kontraktor dan pekerja.

Setakat Oktober tahun lepas, lembaga itu mencatatkan nilai tahunan projek pembinaan, termasuk infrastruktur dan ameniti sosial, berjumlah RM82.01 bilion berbanding RM91.07 bilion bagi 2011 di seluruh negara.
-- BERNAMA


tags: ixis, ixis corporation, kontraktor malaysia, kontraktor renovation, kontraktor putrajaya, kontraktor bumiputera, kontraktor berdaftar, cidb, pkk, spkk, mof, kontraktor kelas f, kontraktor g1, kementerian, perbadanan putrajaya, bahagian pengurusan hartanah, jabatan kerja raya jkr, telekom, pembinaan bangunan, pembinaan rumah, meroboh, renovation ubahsuai, signage papan tanda, project management, pengurusan projek, b01 – ibs: sistem konkrit pasang siap, b02 – ibs: sistem kerangka keluli, b04 – kerja am bangunan, b07 – hiasan dalaman, b08 – pemasangan bahan kalis air, b09 – lanskap, b10 – pemasangan paip air dalaman, b12 – kerja aluminium keluli kaca grille, b13 – pemasangan jubin dan kerja lepaan, b14 – kerja cat, b24 – kerja penyelenggaraan bangunan maintenance, ce01 – pembinaan jalan dan pavemen, ce09 – saluran paip minyak atau gas, ce13 – pemasangan tanda, ce14 – landskap, ce20 – sistem bekalan air, ce21 – kerja-kerja am kejuruteraan awam, ce34 – kerja pemasangan konkrit pra tuang, ce42 – membuat isyarat dan mengecat jalan, ce43 – membuat pengadang dan lain-lain kerja untuk jalan, m01 – sistem hawa dingin, m02 – sistem pencegahan dan perlindungan kebakaran, m15 – kelengkapan mekanikal pelbagai, tanah, lori sewa, alat hawa dingin (window/split), alat kebombaan/ alat penyelamat/ pemadam api, perabot/ perabot makmal dan kelengkapan berasaskan kayu/ rotan/ fabrik/ logam/ plastic, perkakas perubatan pakai buang, kelengkapan/ kemudahan awam, bahan binaan, semua peralatan sukatan/ ukuran, mesin dan kelengkapan bengkel, mesin dan kelengkapan khusus, pindah pejabat, fasiliti, pembersihan bangunan dan pejabat, membersih kawasan, mengangkat sampah